AMERIKA Syarikat (AS) semalam meluluskan vaksin yang dibangunkan Moderna untuk kegunaaan kecemasan, membolehkan enam juta dos dihantar segera ke suluruh negara yang paling teruk terjejas akibat Covid-19.
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) telah mengambil satu lagi tindakan penting dalam usaha memerangi Covid-19 dengan keputusan itu, kata ketuanya Stephen Hahn.
“Tahniah, vaksin Moderna sudah diluluskan!,” tulis Presiden Donald Trump di Twitter.
Moderna adalah vaksin kedua yang diluluskan AS selepas vaksin yang dibangunkan Pfizer dan BioNTech, yang diluluskan minggu lalu.
Syarikat bioteknologi berpengkalan di Massachusetts itu menerima dana persekutuan berjumlah AS$2.5 bilion untuk membangunkan vaksin Covid-19 bersama para saintis di National Institutes of Health. – AFP, 19 Disember, 2020.
Komen