Pemimpin kanan AS terima suntikan vaksin Covid-19


Naib Presiden Mike Pence menerima suntikan vaksin Covid-19, yang disiarkan secara langsung di televisyen semalam.– Gambar EPA, 19 Disember, 2020.

BEBERAPA pemimpin kanan Amerika Syarikat (AS) termasuk Naib Presiden Mike Pence menerima suntikan vaksin Covid-19, yang disiarkan secara langsung di televisyen semalam.

Suntikan yang diambil oleh Pence itu juga cubaan untuk meyakinkan rakyat AS yang curiga terhadap vaksin Covid-19 untuk mendapatkan suntikan bagi membendung pandemik yang sehingga kini menjangkiti lebih 74 juta orang di seluruh dunia, manakala lebih 1.66 juta lagi maut.

“Keyakinan terhadap vaksin inilah yang membawa kita semua ke sini pagi ini.

“Saya tak rasa apa-apa,” kata Pence selepas menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech di White House semalam.

Selain Pence, antara yang turut menerima suntikan adalah Speaker Dewan Senat Nancy Pelosi dan Pemimpin Ahli Senat Republikan Mitch McConnell.

Bakal presiden Jo Biden, yang akan mengangkat sumpah jawatan pada 20 Januari, juga umum akan mengambil suntikan pada Isnin. – AFP, 19 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen