DATUK Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Maimunah Mohd Sharif meletakkan jawatannya selepas dilantik sebagai pengarah eksekutif Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(UN-Habitat) yang berpangkalan di Nairobi.
Maimunah yang baru dilantik sebagai Datuk Bandar MBPP pertengahan tahun ini akan menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember sebelum menggalas tugas baru di PBB tahun depan.
Beliau menggantikan Dr Joan Clos dari Sepanyol. Bagaimanapun, tarikh mengangkat sumpah di ibu pejabat PBB masih belum ditetapkan.
Maimunah sebelum ini berkhidmat selama enam tahun sebagai presiden wanita pertama Majlis Perbandaran Seberang Prai berkata, beliau secara rasmi dimaklumkan mengenai pelantikan itu menerusi e-mel selepas ia disahkan di Perhimpunan Agung PBB di New York pada jam 4 pagi tadi (3 petang, 22 Disember di New York).
“Malaysia merupakan negara anggota UN-Habitat sejak tahun lepas.
“Saya akan ditugaskan memantau operasi pejabat-pejabat UN-Habitat di seluruh dunia bagi memastikan semua program dan dasarnya dilaksanakan,” kata Maimunah pada sidang akhbar di Komtar hari ini.
UN-Habitat ialah sebuah badan aktif dengan 2,400 kakitangan tetap dan montrak di Nairobi dan seluruh dunia yang terlibat dengan program tempat tinggal manusia.
Ia mempunyai tiga pejabat serantau di Afrika, Jepun dan Brazil; serta pehabat hubungan dan maklumat di seluruh dunia.
Menurut Maimunah, tugasnya ialah mempromosi dan melaksanakan matlamat mampan PBB serta agenda bandar baharu di semua bandaraya.
“
Pada Oktober tahun lepas, Maimunah menerima anugerah “Global Human Settlements Outstanding Contribution” dari Global Forum On Human Settlements di Quito, Ecuador pada Persidangan Pembangunan Perumahan dan Bandar Mampan atas sumbangan beliau terhadap perancangan mampan di Seberang Prai.
Maimunah mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dan dua majlis perbandaran di mana beliau pernah bekerja kerana memberikan banyak peluang mengahdiri persidangan dan forum antarabangsa.
Katanya, melalui jawatan baharunya ini, beliau akan meneroka peluang untuk memperkenalkan program PBB ke Pulau Pinang.
“Mungkin kerja saya di sana mendapat perhatian (dari UN). Saya bersyukur atas sokongan kerajaan negeri.
“
Maimunah merupakan warga Asia pertama dilantik jawatan itu untuk Tempoh empat tahun dan tugas ini memerlukan beliau berulang-alik antara Nairobi dan New York.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata pelantikan Maimunah oleh Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres merupakan kebanggaan buat Pulau Pinang dan Malaysia walaupun ia berita menyedihkan untuk negeri.
“Beliau memaklumkan kepada kami akan menerima pelantikan itu. Ini adalah kali pertama Pulau Pinang meminjamkan pegawai negeri kepada PBB.
“Kami amat berat melepaskan salah seorang pegawai terbaik kami, tetapi ia pelantikan yang besar yang memberi pernghormatan dan kebanggaan kepada Pulau Pinang dan Malaysia.
“
Lim berkata kerajaan Malaysia dan wakil tetapnya di PBB pasti menyokong pelantikan Maimunah.
Exco kerajaan tempatan Chow Kon Yeow berkata, jawatan baharu Maimunah di PBB itu membolehkannya bekerja untuk kebaikan keadaan hidup di seluruh dunia.
“Kami mendoakan dan mengharapkan yang terbaik untuk beliau,” katanya. – 23 Disember, 2017.
Komen