MALAYSIA melepasi angka 90,000 jumlah jangkitan Covid-19 selepas 1,683 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam terakhir.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah jangkitan di negara ini kini sebanyak 90,816.
Selangor mencatatkan 692 kes, Sabah (260) dan Kuala Lumpur (197) terus mendahului dalam jumlah jangkitan harian.
Dr Noor Hisham bagaimanapun berkata tidak ada kematian dilaporkan dalam 24 jam terakhir menjadikan jumlah kematian kekal 432 orang.
Sebanyak 106 pesakit berada di bawah Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 51 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Terdapat enam kluster baru dikenal pasti hari ini menjadikan jumlah kluster aktif di negara ini sebanyak 435.
Enam kluster baharu dikesan di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Sabah dan dua di Johor.
Kluster baharu yang dikenal pasti ialah kluster Bina Lebuh (20 kes) di Selangor, kluster Sugud (26 kes) di Sabah, kluster Jalan Tengah (11 kes) di Kuala Lumpur, kluster Persiaran Heights (21 kes) di Negeri Sembilan, kluster Tembok Gajah (13 kes) di Johor dan Utama Rini (22 kes) di Johor.
Terdapat peningkatan dalam kluster Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kluster dikesan sebanyak 60.
Kluster yang mempunyai jumlah kes yang paling banyak dilaporkan ialah kluster penjara Jalan Harapan (235 kes), kluster tapak pembinaan Bina Muda (74 kes) dan kluster Tembok (55 kes). – 18 Disember, 2020.
Komen