Malaysia catat 1,295 kes baharu Covid-19 


Noel Achariam

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 1,295 kes Covid-19 direkodkan sejak 24 jam lalu.– Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Disember, 2020.

MALAYSIA hari ini merekodkan 1,295 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kes 87,913 sejak pandemik bermula pada Februari.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes paling tinggi adalah dari Selangor (481 kes), Sabah (268) dan Kuala Lumpur (232). 

“Daripada jumlah keseluruhan kes di Selangor, 356 kes adalah dari kluster aktif dan saringan kontak rapat,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata setakat ini, 1,052 kes pulih direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 72,733 manakala 14,751 masih kes aktif. 

Tambah Dr Noor Hisham terdapat 113 pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi yang mana 53 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 16 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen