Tiada kluster baharu Covid-19, kata KP Kesihatan


Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata ketika ini terdapat 189 kluster aktif di seluruh negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Disember, 2020.

TIADA kluster baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam yang lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata setakat 15 Disember lalu sebanyak 418 kluster telah dilaporkan.

“Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 229 kluster termasuk dua kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Istimewa dan Kluster Sepanggar di Sabah,” kata Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, ketika ini terdapat 189 kluster aktif di seluruh negara, dan 55 daripadanya melaporkan pertambahan kes baharu hari ini.

“Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Damanlela (568 kes), Kluster Tembok (99), dan Kluster Tapak Bina Rimbun (27). – 15 Disember, 2020. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen