AGENSI Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pendidikan, Unesco semalam meminta kerajaan memberi keutamaan kepada guru-guru untuk menerima vaksin Covid-19 dan melayan mereka seperti pekerja barisan hadapan.
Saranan itu dilakukan ketika Amerika Syarikat, negara paling terjejas akibat virus itu memulakan program vaksin besar-besaran dalam sejarah dengan memberikan suntikan kepada jururawat di New York.
“Sepertimana kita liha perkembangan positif vaksin ini, kami percaya guru dan kakitangan sokongan pendidikan juga perlu dianggap sebagai golongan keutamaan,” kata Ketua Unesco Audrey Azoulay dalam satu pesanan video bersama ketua organisasi guru Pendidikan Antarabangsa David Edwards.
Azoulay dan Edwards berkata ketika sekolah dan kemudahan pendidikan lain ditutup untuk mencegah penyebaran virus, guru serta pegawai sokongan tetap berada di barisan hadapan.
AS menyasarkan untuk memberi vaksin kepada 20 juta penduduk pada akhir tahun ini.
Mereka melancarkan program selepas mendapat kelulusan kecemasan untuk vaksin Pfizer-BioNTech yang sudah digunakan di Britain. – AFP, 12 Disember, 2020.
Komen