LEBIH 300,000 orang di Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia akibat Covid-19, menurut Universiti Johns Hopkins.
Jumlah itu direkodkan pada hari sama jururawat New York Sandra Lindsay yang menjadi individu pertama di AS menerima vaksin Pfizer BioNTech secara langsung di televisyen.
Negara ini yang sedang memulakan program vaksin telah mencatatkan lebih 16.3 juta kes Covid-19.
Selama dua minggu terakhir, pangkalan data Johns Hopkins sering mencatatkan lebih 2,500 kematian akibat Covid-19 setiap hari, mencecah lebih 3,000 pada Rabu dan Sabtu.
Presiden Donald Trump dan pegawai kanan juga berulang kali merendahkan risiko jangkitan ketika kes mula tersebar di seluruh negara.
Pihak berkuasa memberi amaran lonjakan kes kematian selepas berjuta-juta orang melakukan perjalanan di seluruh negara sempena cuti umum bulan lalu.
Sebanyak 2.9 juta dos awal vaksin akan dihantar ke 636 kawasan di sekitar AS pada Rabu dengan para pegawai mengatakan 20 juta rakyat Amerika akan menerima vaksin dua kali pada akhir tahun dan 100 juta pada Mac. – AFP, 15 Disember, 2020.
Komen