KANADA semalam mengumumkan pakej bantuan AS$380 juta bagi membantu negara-negara membangun memerangi wabak koronavirus.
Daripada jumlah itu sebahagian akan disalurkan ke agensi kanak-kanak PBB Unicef untuk membeli kira-kira tiga juta rawatan berdasarkan antibodi terapi baharu setelah ujian klinikal selesai dan kelulusan diterima, menurut menteri pembangunan antarabangsa Karina Gould.
“Semakin cepat kita mendapatkan ujian, rawatan dan vaksin kepada mereka yang memerlukan, semakin cepat wabak ini dapat diatasi,” katanya dalam satu sidang media.
Ottawa juga akan melaburkan sebahagian lagi peruntukan untuk menyokong rancangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk mengedar vaksin dan produk terapi terutama di Amerika Latin dan Caribbean, katanya.
Program ini yang disebut ACT-Accelerator dapat berusaha memastikan pengagihan vaksin global yang adil dan rawatan lain. – AFP, 15 Disember, 2020.
Komen