1,371 kes baharu Covid-19, 4 kematian


Ravin Palanisamy

Seramai 1,204 telah di discaj, menjadikan jumlah pulih seramai 13,830 dengan 114 pesakit dimasukkan ke unit rawatan khas manakala 62 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Disember, 2020.

MALAYSIA hari ini merekodkan 1,371 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif kes negara sebanyak 84,826.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu, Selangor sekali lagi mencatatkan rekod tertinggi iaitu sebanyak 532 kes atau 38.8% daripada jumlah kes hari ini.

Katanya, jangkitan daripada kluster dan kontak rapat menyumbang kepada 420 kes atau 78.9% kes di Selangor.

Hari ini merupakan hari ke-7 Selangor mencatat rekod tertinggi.

Sabah negeri kedua dalam senarai dengan 283 kes baharu, diikuti Negeri Sembilan sebanyak 260 kes.

Daripada kes baharu hari ini, hanya satu kes import dilaporkan.

Malaysia turut merekodkan empat kematian hari ini menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 sebanyak 419.

Dua kematian direkodkan di Sabah, dan lagi dua kematian masing-masing di Labuan dan Perak.

Tiga mangsa yang terkorban adalah wanita yang mempunyai rekod masalah kesihatan, sementara seorang mangsa lelaki merupakan warga asing tanpa dokumen perubatan.

Seramai 1,204 telah di discaj, menjadikan jumlah pulih seramai 13,830 dengan 114 pesakit dimasukkan ke unit rawatan khas manakala 62 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan. – 14 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen