Tempoh setahun untuk mohon kewarganegaraan, kata menteri


Chan Kok Leong Hailey Chung Wee Kye

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata yang individu lahir di Malaysia tetapi tidak memiliki kewarganegaraan akan diberi tempoh setahun untuk memohon.– Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Disember, 2020.

MEREKA yang lahir di Malaysia tetapi tidak memiliki kewarganegaraan akan diberi tempoh setahun untuk memohon, kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.

“Saya mungkin mengumumkan tidak lama lagi mereka yang berasakan diri mereka itu warganegara dan belum lagi mendaftar sebagai warganegara, tak payah tunggu sampai umur 63 tahun.

“Yang saya hairan, kita merdeka tahun 1957, tak logik mengatakan mereka bukan warganegara.

“Maka sebab itu saya akan beri satu tempoh. Dalam masa setahun semua mereka mesti mendaftar dengan menggunakan bukti, dokumen yang boleh kita anggap mereka sebagai yang sah sebagai warganegara,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini.

Jika masalah lain akan timbul di masa hadapan jika isu sekian lama ini dibiarkan berlarutan, tambah ahli Parlimen Larut itu.

“Kita permudahkan, kita pastikan yang warganegara tetap warganegara , yang bukan warganegara tetap bukan warganegara.

“Saya tidak mahu ia dipolitikkan, ini bukan isu perkauman,” katanya.

Beliau menjawab soalan beberapa ahli Parlimen yang bertanya mengenai isu kerakyatan di Dewan Rakyat hari ini. – 14 Disember, 2020. 

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen