PM Eswatini meninggal dunia akibat Covid-19


Perdana Menteri Eswatini, Ambrose Dlamini meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19. – Gambar EPA, 14 Disember, 2020.

PERDANA Menteri Eswatini yang juga monarki mutlak terakhir Afrika meninggal dunia di hospital Afrika Selatan semalam selepas dijangkiti koronavirus, kata kerajaan dalam satu kenyataan.

Ambrose Dlamini, 52, dimasukkan ke hospital pada awal Disember selama dua minggu selepas positif Covid-19.

Dlamini telah mengumumkan pada pertengahan November bahawa beliau diuji positif koronavirus tetapi tidak bergejala dan berada dalam keadaan baik.

Dlamini, seorang ahli perniagaan tetapi pemula politik dinobatkan sebagai perdana menteri pada Oktober 2018.

Peranan ketua kerajaan terbatas di Eswatini di mana raya yang ada berkuasa sejak 1986 menamakan semua menteri dan kawalan parlimen.

Dahulu dikenali sebagai Swaziland, kerajaan Eswatini melaporkan lebih 6,700 kes koronavirus dan 127 kematian dalam kalangan penduduknya yang berjumlah 1.2 juta orang.

Sebuah kumpulan masyarakat sipil yang berpust di Afrika Selatan, Swaziland Solidarity Network (SSN) mendakwa kerajaan memberi layanan istimewa kepada perdana menteri dengan memindahkannya ke sebuah negara dengan rawatan kesihatan lebih baik.

Lebih 39 peratus penduduk negara yang terkurung berada di bawah garis kemiskinan pada 2016 dan 2017, menurut Bank Dunia. – AFP, 14 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen