Rancangan vaksinasi Brazil dikritik


Penyokong Presiden Brazil Jair Bolsonaro mengadakan tunjuk perasaan menentang kemungkinan penggunaan wajib vaksin Covid-19 di jalan Paulista di Sao Paulo, Brazil. – Gambar EPA, 14 Disember, 2020.

PRESIDEN Brazil Jair Bolsonaro mendapat kritikan hebat semalam atas rancangannya – atau kekurangannya untuk memberi vaksin Covid-19 kepada penduduk negara berkenaan.

Brazil dengan jumlah kematian kedua tertinggi akibat pandemik mengeluarkan rancangan untuk memberi vaksin pada Sabtu termasuk tarikh mula memberikan imunisasi dan perincian tentang bagaimana mencapai sasaran memberi vaksin kepada 70% penduduk.

Ia menimbulkan kritikan baru bagi presiden sayap kanan yang terus menerus menentang nasihat pakar untuk mengekang pandemik berkenaan dan baru-baru menyatakan rancangan untuk tidak mengambil vaksin untuk diri sendiri.

“Kebodohan Presiden Jair Bolsonaro dalam berdepan pandemik koronavirus telah melampaui semua batas,” tulis di muka depan sebuah akhbar terkemuka Folha de Sao Paula.

Saingannya Estado de Sao Paulo turut mengecam “ketidakmampuan membawa maut” kerajaan.

Rancangan vaksinasi yang dituntut oleh mahkamah tertinggi oleh kerajaan menyediakan imunisasi awal sekitar 14 juta orang yang berisiko tinggi termasuk pekerja kesihatan, warga tua dan penduduk asal Brazil.

Ini membayangkan tiga fasa berikutnya menjangkau 51.6 juta orang, sekitar 24% daripada populasi.

Dikatakan sasaran optimum adalah lebih daripada 70% penduduk tetapi tidak memberikan perincian tentang bagaimana mencapai angka tersebut. Pakar kesihatan awam secara terang-terangan mengkritik rancangan berkenaan.

Kritikan itu dibuat pada hari sama Folha mengeluarkan tinjauan bahawa 22% penduduk Brazil tidak merancang untuk menerima vaksin Covid-19, meningkat dari 9% pada Ogos.

Pengkritik berkata komen skeptikal Bolsonaro menghalang ramai rakyat Brazil untuk mendapatkan vaksin.

Beliau berkata virus ini hanya “selsema kecil” dan pada hari Khamis berkata bahawa “kita berada di pengakhiran pandemik”. – AFP, 14 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen