Bandar utara China kena perintah berkurung lepas kesan 2 kes Covid-19


Pemantauan suhu badan masih dilakukan di kebanyakan tempat di seluruh China bagi mengesan jangkitan virus COVID-19. – Gambar EPA, 14 Februari, 2020.

CHINA mengenakan perintah berkurung di sebuah bandar di utara negara itu yang bersempadan dengan Rusia manakala ujian saringan dijalankan secara besar-besaran di sebuah lagi bandar selepas dua kes jangkitan Covid-19 dikesan melibatkan pekerja pelabuhan dan zon perdagangan.

Dua kes itu masing-masing dilaporkan di Dongning dan Suifenhe yang bersempadan dengan Rusia.

Di Dongning, seorang pekerja penyelenggara berusia 40 tahun diuji positif pada Khamis menyebabkan perintah berkurung terpaksa dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak itu.

Kesemua perkhidmatan awam digantung operasi manakala sekolah dan restoran turut diarahkan tutup.

Di Suifenhe, seorang lelaki berusia 39 tahun yang bekerja di zon perdagangan bebas diuji positif.

Ujian saringan secara besar-besaran turut dijalankan di kedua-dua bandar itu yang dijangka selesai dalam tempoh tiga hari. – AFP, 12 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen