BRAZIL melepasi angka 180,000 kematian akibat Covid-19 pada Jumaat, ketika para pakar memberi amaran negara itu mengalami gelombang jangkitan kedua walaupun Presiden Jair Bolsonaro bertegas krisis sudah hampir tamat.
Kementerian kesihatan Brazil melaporkan 672 kematian baharu dengan jumlah keseluruhan 180,437 sejak wabak itu bermula, menjadikan ia negara yang kedua melepasi angka itu, setelah Amerika Syarikat (AS).
Brazil, yang berdepan angka tinggi dengan lebih 1,000 kematian Covid-19 dalam sehari dari Jun hingga Ogos, berjaya menurunkan jumlah purata kematian hariannya kepada kira-kira 300 bulan lalu.
Namun, jumlah itu meningkat lagi di atas 800 minggu ini, sebelum kembali kepada 639 pada Jumaat.
Sementara itu, unit rawatan rapi di kebanyakan banyak bandar hampir penuh, dan persiapan untuk kempen vaksinasi akhirnya terjebak dalam perbalahan politik antara Bolsonaro dan kemungkinan musuh semasa pemilihan presiden 2022, Gabenor Sao Paulo Joao Doria.
Bolsonaro berselisih faham dengan pakar kesihatan mengenai bagaimana menangani wabak itu sejak awal.
Presiden sayap kanan itu meremehkan koronavirus baru sebagai “selesema kecil”, mengecam respons “histeria” terhadapnya dan mempromosikan penggunaan ubat hidroksioklorokuin terhadap Covid-19, walaupun terdapat banyak kajian menunjukkan ia tidak berkesan. – AFP, 12 Disember, 2020.
Komen