MALAYSIA hari ini merekodkan 1,810 kes baharu Covid-19 yang mana sebahagian besar kes adalah dari Selangor, Sabah dan Kuala Lumpur, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam tempoh 24 jam lalu jumlah kumulatif kes positif mencecah 80,309 yang mana 12,374 adalah kes aktif.
Enam kematian turut dilaporkan hari ini menjadikan junlah keseluruhan kematian kepada 402.
Kesemua mangsa yang meninggal dunia adalah warga emas yang turut menghidap penyakit lain.
Beliau berkata Selangor masih melaporkan jumlah kes harian tertinggi dengan 829 kes dan diikuti oleh negeri Sabah dengan 532 kes dan Kuala Lumpur 132 kes.
Sebanyak 184 kes (10.2%) dilaporkan dikaitkan dengan kluster penjara melibatkan Rumah Merah (150 kes), kluster Tembok (18 kes), kluster Bakti (13 kes) dan kluster Jalan Harapan (3 kes).
Beliau berkata setakat ini 123 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi yang mana 63 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.– 11 Disember, 2020.

Komen