5 kluster baharu Covid-19 dengan 112 kes positif


Noel Achariam

Lima kluster baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam terakhir menjadikan jumlah kluster aktif di negara ini sebanyak 187. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Disember, 2020.

LIMA kluster baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam terakhir menjadikan jumlah kluster aktif di negara ini sebanyak 187, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata lima kluster baharu dikesan di Selangor, Kuala Lumpur dan Johor yang menyumbang 122 jangkitan baharu.

Daripada jumlah kluster aktif berkenaan, 57 melaporkan peningkatan kes pada hari ini.

Kluster yang melaporkan jumlah kes baharu tertinggi adalah kluster Seruling (843), Hentian (315) di Selangor dan kluster Tembok di Kedah (104). 

Di Kluster Tapak Bina Jalan Bukit di Selangor, seramai 109 individu diperiksa di mana 47 kes dikesan positif virus berkenaan.

Di Kluster Tapak Bina Condong di Kuala Lumpur sejumlah 291 individu diperiksa di mana 25 kes dikesan positif virus berkenaan.

Di Kluster Tapak Bina Jalan Stadium di Kuala Lumpur seramai 97 individu diperiksa di mana 15 kes dikesan positif Covid-19.

Di Kluster Jalan Dalam di Johor seramai 108 individu diperiksa di mana 13 kes dikesan positif.

Di Kluster Tenun Merah di Johor pula seramai 287 individu diperiksa di mana 23 kes dikesan positif virus tersebut.

Beliau berkata sebanyak 217 kluster sudah tamat bersama dengan tiga kluster di Merbok di Selangor, Lintas dan Telipok di Sabah. – 10 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen