MALAYSIA hari ini merekodkan jumlah kes Covid-19 tertinggi dalam sehari iaitu 2,234 yang mana Selangor, Sabah dan Kuala Lumpur menyumbang kes tertinggi.
Kes tertinggi sebelum ini direkodkan pada 24 November dengan 2,188 kes.
Peningkatan kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara ini 78,499.
Tiga kes kematian turut dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Angka berkenaan dikeluarkan Kementerian Kesihatan menerusi akaun Twitter dan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Sementara itu, bagi kes pulih, 1,112 individu telah didiscaj menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 66,236.
Selangor merekodkan 1,428 kes baharu hari ini yang mana 1,239 kes adalah daripada kluster aktif, manakal 39 adalah adaripada kluster Tapak Bina dan Jalan Bukit.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 92 kes adalah dari kontak rapat dengan individu positif Covid-19 dan 97 lagi adalah daripada ujian saringan.
Di Sabah, beliau berkata terdapat 274 kes baharu yang mana 100 daripadanya adalah daripada kluster sedia ada.
“113 kes adalah kontak rapat dengan kes positif, manakala 61 kes adalah daripada ujian saringan lain.”
Katanya 136 kes di Kuala Lumpur adalah daripada kluster sedia ada dan 25 adalah daripada kluster Tapak Bina Condong dan kluster Tapak Bina Jalan Stadium.
“Bakinya adalah 11 kes daripada kontak rapat, empat kes adalah mereka yang pulang dari luar negara dan 17 dari ujian saringan.” – 10 Disember, 2020.

Komen