Pembangkang bidas Saifuddin berhubung penjenamaan semula unit propaganda 


Chan Kok Leong Hailey Chung Wee Kye

Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah cuba menjelaskan rasional unit propaganda Jasa dijenamakan semula di bawah Perikatan Nasional.– Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Disember, 2020.

DEWAN Rakyat meluluskan belanjawan untuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia walaupun pembangkang berang dengan penjenamaan semula unit propaganda Jasa yang kini dijenamakan sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom).

Selain itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota-Bersatu) cuba menjelaskan sebanyak dua kali mengapa kerajaan Perikatan Nasional cuba menghidupkan Jasa/J-Kom.

Di bawah pentadbiran Barisan Nsional, Jasa yang diketuai oleh pemimpin politik Umno, digunakan sebagai unit propaganda untuk menentang pembangkang.

Antara hujah yang diberikan Saifuddin adalah keperluan untuk mewujudkan agensi maklumat yang lebih kepada akar umbi dan bagaimana penjenamaan agensi itu akan membantu menyebarkan maklumat kepada kelompok terpinggir.

Apa yang menarik, hujahnya itu bertentangan dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Abd Rahim Bakri (Kudat-Bersatu) ketika membentangkan usul pemotongan peruntukan Jasa daripada RM85.5 juta kepada RM40.5 juta.

Terdahulu, Abd Rahim berkata penjenamaan semula Jasa akan membantu rakyat Malaysia beralih kepada era digital dan mempromosikan patriotisme manakala Saifuddin menyatakan akan ada agensi lain untuk menyebarkan maklumat berhubung dasar kerajaan.

Malah, kementeriannya mempunyai Jabatan Penerangan, RTM dan agensi berita nasional Bernama.

“Jasa adalah yang lama dan akan datang ialah J-Kom. Jadi kita berterima kasih kepada semua yang menyumbang kepada Jasa, termasuk 776 orang yang dibuang secara kejam dan zalim oleh PH,” kata Saifuddin yang merupakan menteri luar pada pentadbiran sebelum ini.

Bagaimanapun kenyataan tu dipersoal oleh RSN Rayer (Jelutong-PH).

“Masa itu kamu di pihak mana?” kata peguam itu.

Namun Saifuddin tidak mengendahkannya dan terus menjelaskan berhubung penjenamaan J-Kom.

Beliau berkata walaupun kementeriannya mempunyai agensi lain seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Finas dan lain-lain, mereka hanya di peringkat nasional dan negeri.

Menurutnya, kementeriannya memerlukan agensi untuk akar umbi.

Menggunakan golongan kurang upaya sebagai contoh, Saifuddin berkata walaupun terdapat 500,000 OKU di negara ini, hanya 10%-15% yang didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Jika pembangkang tidak setuju, itu bermakna mereka tidak mahu kerajaan berkomunikasi dengan golongan urang upaya.” – 10 Disember, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen