KELEWATAN dalam pemeriksaan dan prosedur rawatan adalah antara masalah yang dihadapi oleh pesakit kanser apabila hospital menjadi pusat rawatan untuk pesakit Covid-19.
Pesakit kanser juga dianggap sangat terdedah terhadap penularan koronavirus.
Dr Muralli Munisamy dari Majlis Kanser Nasional (MKN) berkata pelbagai peringkat rawatan kanser termasuk perkhidmatan hospital terjejas akibat wabak berkenaan.
Pengurus besar dan pengarah perubahan MKN berkata terdapat kelewatan dalam memulakan rawatan untuk pesakit kansKELEWATAN dalam pemeriksaan dan prosedur rawatan adalah antara masalah yang dihadapi oleh pesakit kanser apabila hospital digunakan untuk merawat pesakit Covid-19.er yang baru didiagnosis kerana rawatan onkologi hanya tersedia di hospital besar dan negeri tertentu,
Bagaimanapun hospital berkenaan sudah ditukar menjadi pusat rawatan Covid-19.
“Akibatnya untuk mengurangkan risikio (penularan Covid-19), pesakit kanser tidak dihantar ke hospital ini bagi memulakan kemoterapi dan radioterapi,” katanya pada sidang media maya hari ini mengenai rawatan barah semasa pandemik Covid-19 yang dianjurkan oleh Astra Zeneca.
Prosedur invasif seperti bronkoskopi dan kolonoskopi yang diperlukan untuk mengesahkan diagnostik juga ditangguhkan untuk mengurangkan risiko penularan Covid-19 kepada pekerja kesihatan dan di dalam kemudahan kesihatan.
Sementara itu kerana sumber daya termasuk personel makmal diubah menjadi pusat ujian Covid-19, diagnostik molekul untuk kanser juga terpaksa ditangguh. – 10 Disember, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen