Lebih 3,000 maut akibat Covid-19 dalam 24 jam di AS


AS merekod 3,071 kematian pada Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini 289,188. – Gambar AFP, 10 Disember, 2020.

AMERIKA Syarikat (AS) pada Rabu melaporkan lebih 3,000 kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam, angka tertinggi direkodkan sejak April, menurut Johns Hopkins University.

Pihak berkuasa AS sebelum ini memberi amaran peningkatan kes kematian berikutan berjuta rakyatnya melakukan perjalanan ke seluruh negara  sempena cuti Thanksgiving bulan lepas.

Setakat 8:30 malam pada Rabu, negara itu merekod 3,071 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini 289,188. Manakala jumlah kes positif Covid-19 yang dicatatkan di AS kini 220,481.

California merekodkan lebih 30,000 kes pada Rabu, tertinggi berbanding negeri lain di AS.

Jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat di seluruh negara juga meningkat, mencecah 106,000 orang pada Rabu. – AFP, 10 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen