Britain mula beri suntikan vaksin Covid-19


Margaret Keenan, 90, menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech semalam. – Gambar EPA, 9 Disember, 2020.

BRITAIN semalam jadi negara pertama memulakan program pemberian vaksin Covid-19 yang dibangunkan firma farmaseutikal Amerika Syarikat (AS) dan Jerman, Pfizer dan BioNTech semalam.

Seorang wanita berusia 90 tahun, Margaret Keenan, individu pertama yang disuntik vaksin berkenaan.

Suntikan itu adalah dos pertama daripada berjuta lagi dos yang akan diedarkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Vaksin yang dibangunkan Pfizer-BioNTech antara yang diharapkan dapat menamatkan pandemik Covid-19 yang sehingga kini telah meragut lebih 1.5 juta nyawa di seluruh dunia dan menjejaskan ekonomi.

Calon vaksin dibangunkan Pfizer-BioNTech dan satu lagi oleh firma AS Moderna masing-masing dilaporkan berkesan 95% dan 94%. – AFP, 9 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen