MALAYSIA mencatatkan 1,012 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini 75,306.
Ini menjadikan enam hari berturut-turut negara merekodkan melebihi 1,000 kes sehari.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah kes jangkitan baharu, Selangor mencatat kes tertinggi dengan 417 atau 41.2% daripada kes hari ini.
Beliau berkata, ini diikuti dengan Sabah 271 kes (26.8% daripada jumlah kes hari ini), Johor dengan 108 kes baharu (10.7%).
Dr Noor Hisham berkata 1,750 pesakit didiscaj dari hospital hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 64,056 atau 85.1% daripada jumlah kumulatif kes di negara ini.
Dalam pada itu katanya, emoat kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian 388.
Menurutnya semua kes kematian direkodkan di Sabah dan semua mangsa terbabit adalah wanita yang mana paling muda berumur 33 tahun dan paling tua 92 tahun.
Beliau berkata tiga mangsa terbabit mempunyai rekod kesihatan manakala mangsa yang berusia 90 tahun itu tidak mempunyai rekod.
Dr Noor Hisham berkata jumlah kes aktif di seluruh negara kini 110,862, yang mana 126 dirawat di unit rawatan rapi dan 62 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 8 Disember, 2020.
__full.jpg)
Komen