Skandal tanah Kinurat, Warisan lapor SPRM


Jason Santos

Naib Presiden Warisan Junz Wong telah memfailkan aduan itu di pejabat SPRM di Putrajaya hari ini, selepas luahannnya mengenai isu itu dipandang enteng oleh Timbalan Ketua Menteri Raymond Tan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 22 Disember, 2017.

PARTI Warisan Sabah hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Perbadanan Pembangunan Bandar Sabah (SUDC) berhubung penjualan tanah seluas 96.3 hektar di Kinarut, Sabah.

Naib Presiden Warisan Junz Wong telah memfailkan aduan itu di pejabat SPRM di Putrajaya hari ini, selepas luahannnya mengenai isu itu dipandang enteng oleh Timbalan Ketua Menteri Raymond Tan.

Tan yang juga Menteri Pembangunan dan Infrastruktur Sabah merupakan menteri yang bertanggungjawab dalam SUDC.

Wong berkata, tanah itu dijual di bawah harga pasaran dengan harga RM13.1 juta kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Jabatan Air Negeri Sabah.

Tambahnya, berdasarkan harga pasaran sekarang, nilai tanah itu sepatutnya sekitar RM150 juta.

Pada 22 November, Tan telah berjanji untuk menyediakan maklumat lengkap mengenai penjualan tanah itu kepada Wong ketika sidang Dewan Negeri.

Namun, Tan mengubah fikiran selepas Wong memberitahu media.

Pada 12 Disember, Tan berkata Wong berniat politik, bukannya untuk mendedahkan kebenaran.

Beliau turut membakulsampahkan dakwaan Wong bahawa tanah itu dijual kepada syarikat itu dengan menjelaskan tanah itu sepatutnya dibangunkan bersama dengan SUDC.

Pengarah Pengurusan SUDC Haizar Ajaz memberitahu Borneo Post yang SUDC menyertai kerjasama itu dengan syarikat tersebut pada 2014.

Pembangunan tanag itu melibatkan pembinaan 1,500 unit rumah teres dan 32 unit rumah kedai dengan nilai pembangunan kasar RM453 juta.

“Yang disertakan dalam perjanjian kerja sama ini adalah 20% saham SUDC yang datang daripada keuntungan pembangunan perumahan mampu milik,” kata Haizar. – 22 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen