LIEW Chin Tong memuji pendekatan dwi-partisan Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad dalam mentadbir negeri.
Dalam kenyataannya hari ini, pengerusi DAP Johor itu berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin boleh mencontohi pendekatan pemimpin Johor di peringkat persekutuan.
Pakar strategi DAP menegaskan kedua-dua pemimpin itu berdepan masalah yang sama tetapi memilih pendekatan berbeza untuk memastikan belanjawan mereka lulus.
Katanya, Hasni mempunyai majoriti dua kerusi di DUN Johor, dengan Umno mempunyai 16 kerusi, Bersatu 12 dan PKR 1.
Katanya, di peringkat nasional mempunyai majoriti tipis di Parlimen dan mempunyai 112 anggota bersamanya berbanding 108 yang duduk di barisan pembangkang. Dua kerusi kosong berikutan kematian ahli Parlimen Grik dan Batu Sapi.
“Setakat ini, Muhyiddin mencuba untuk mendominasi dan menunduk, merenggangkan pihak pembangkang dan sekutunya sendiri sambil keliru tentang perlunya mengerahkan seluruh negara untuk menghadapi krisis politik, ekonomi dan kesihatan yang terbesar dalam sejarah negara.
“Hasni melihat pembangkang sebagai rakan strategik dalam pentadbiran, yang bertentangan dengan idea lama Umno untuk mendominasi dan menghancurkan pembangkang.
“Meski ada hal-hal yang dikatakan Hasni boleh diketepikan sebagai sekadar retorik, sekurang-kurangnya beliau mempunyai retorik yang sesuai dengan masa, sementara Muhyiddin pula enggan melayan sekutu dan pembangkang dengan rasa hormat,” kata Liew. – 7 Disember, 2020.
Berita penuh di sini
Komen