ANGKA kematian akibat pandemik Covid-19 kini mencecah lebih 1.5 juta daripada 65 juta kes yang direkodkan diseluruh dunia, menurut data rasmi yang diperolehi AFP.
Sebanyak 64,774,705 kes dengan 1,500,038 kematian dilaporkan sejak virus itu mula dikesan di China pada Disember tahun lalu.
Latin Amerika dan Carribean paling teruk terjejas dengan 452,263 kematian, diikuti Eropah (430,060) dan Amerika Syarikat (AS) dan Kanada (286,946).
Lebih 10,000 kematian dilaporkan setiap hari di seluruh dunia sejak hujung November.
Di Eropah, Italy mencatat angka kematian harian tertinggi semalam dengan 969 kematian.
Jika mengikut negara pula, AS masih di tangga teratas paling terjejas di dunia dengan 274,577 kematian, diikuti Brazil (174,515) dan India (138,648). – AFP, 4 Disember, 2020.
Komen