3 kluster baharu Covid-19 di Sabah, 1 di Selangor 


Aminah Farid

Tiga kluster yang dikesan di Sabah adalah kluster Jalan Kilang, Perdana Enam dan Jalan Kubota.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 3 Disember, 2020.

EMPAT kluster baharu Covid-19 dikesan oleh Kementerian Kesihatan yang mana tiga daripadanya dikesan menerusi individu bergejala manakala satu lagi melalui ujian saringan Covid-19, kata Dr Noor Hisham Abdullah. 

Kluster Jalan Kilang, Perdana Enam dan Jalan Kubota dikesan di Sabah yang mana dua di Lahad Datu dan satu di Tawau. 

Sementara itu, kluster Monsun dikesan di Petaling, Selangor yang mana 19 individu dikesan positif. 

Noor Hisham berkata, negara kini merekodkan 184 kluster. 

Kluster Perdana Enam merekodkan 25 kes positif daripada 213 individu yang disaring, menjadikan ia tertinggi daripada empat kluster hari  ini. 

Setakat hari ini negara melaporkan 373 kluster termasuk empat kluster baharu hari ini. 

Sementara itu Dr Noor Hisham turut mengumumkan kluster Bukit, Tujuh Serangkai, dan Laut tamat hari ini. 

Daripada 183 kluster aktif, 43 kluster melaporkan kes baharu hari ini. 

Antara kluster yang merekodkan kes tertinggi hari in adalah kluster Usaha dengan 84 kes diikuti kluster Kaya (74) dan Hentian (60). – 3 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen