KEPUTUSAN Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor merobohkan kuil di negeri ini walaupun beliau berjanji tidak ada tindakan akan diambil tanpa berunding dengan pihak berkepentingan adalah sesuatu yang mengejutkan dan mengecewakan, kata M Saravanan.
Timbalan Presiden MIC itu berkata keputusan itu akan mempengaruhi sokongan dan pendaftaran kaum India pada pilihan raya akan datang.
Saravanan berkata MB Kedah pada Julai tahun ini berjanji untuk memaklumkan kepada Menteri Perpaduan Nasional Halimah Mohamed Sadique dan beliau sekiranya ada tempat ibadat di negeri itu yang akan dirobohkan.
“Selama perbincangan (pada 26 Julai 2020), MB Kedah berjanji untuk memberitahu kedua-dua (menteri) jika ada kuil yang akan dirobohkan sebelum ada tindakan dibuat.
“Jaminan ini tidak hanya diberikan kepada kuil Hindu tetapi juga untuk semua tempat ibadat di negeri ini.
“Saya sangat terkejut mengetahui bahawa MB (pemimpin PAS) secara terang-terangan mengabaikan janji dan meneruskan perobohan kuil di negeri ini baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – 3 Disember, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen
Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Marhaen Marhaen · Ulasan