PKPD di dua kawasan di Ipoh dilanjutkan selama seminggu


Ravin Palanisamy

PKPD di kawasan Zon B dan Zon C di Taman Meru 2C, Ipoh, akan berakhir pada 10 Disember. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Disember, 2020.

PERINTAH kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) kawasan Zon B dan Zon C di Taman Meru 2C, Ipoh akan dilanjutkan selama seminggu lagi, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Ini kerana sebilangan penduduk di kawasan itu masih menunggu keputusan ujian Covid-19.

“Kementerian Kesihatan sudah melakukan sebanyak 1,793 ujian Covid-19 dan 66 kes positif telah direkodkan di daerah ini.

“Oleh kerana masih ada yang belum mendapat keputusan ujian mereka, dan selepas mengambil nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan, kami bersetuju melanjutkan PKPD di zon ini selama tujuh hari lagi,” kata menteri pertahanan itu ketika taklimat akhbar mengenai Covid-19, hari ini.

PKPD di kawasan ini bermula pada 20 November dan dijadualkan berakhir esok, 3 Disember.

Justeru, tempoh PKPD di kawasan ini hanya akan berakhir pada 10 Disember. – 2 Disember, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen