UK lulus vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech


BRITAIN pada Rabu menjadi negara pertama meluluskan vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 untuk kegunaan umum dan berkata ia akan diperkenalkan minggu depan.

“Kerajaan hari ini menerima saranan daripada Agensi Perundangan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) agar meluluskan vaksin Pfizer-BioNTech’s Covid-19 untuk digunakan,” kata jabatan kesihatan dalam satu kenyataan.

“Vaksin akan tersedia di seluruh United Kingdom mulai minggu depan,” kata kenyataan itu, dengan kumpulan keutamaan termasuk penghuni rumah jagaan, petugas dan penjaga kesihatan. – AFP, 2 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen