SAINTIS di University of Pennsylvania dengan usahasama sebuah firma bioteknologi Regeneron menjalankan kajian untuk membangunkan semburan hidung yang mampu mencegah jangkitan Covid-19.
Kajian dijalankan dengan menggunakan virus lemah menerusi hidung dan tekak, yang kemudiannya akan mencetus antibodi kuat untuk menghalang SARS-CoV-2 masuk ke dalam tubuh manusia.
“Kelebihan teknologi kami ialah kita tidak memerlukan sistem imun yang kuat supaya ia berkesan,” kata James Wilson, profesor perubatan yang mengetuai projek tersebut.
Wilson percaya sekiranya berjaya, teknologi yang sedang diuji ke atas haiwan itu mampu memberi perlindungan selama enam bulan dengan satu dos. – AFP, 2 Disember, 2020.
Komen