KKM belanja RM1.17 bilion bendung Covid-19, kata menteri


Aminah Farid Chan Kok Leong Zaim Ibrahim

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata sebanyak RM1.17 bilion dibelanjakan untuk memerangi pandemik Covid-19 di negara ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Disember, 2020.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) membelanjakan RM1.17 bilion dalam usaha untuk membendung pandemik Covid-19 di negara ini, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Beliau berkata jumlah tersebut merangkumi peruntukan untuk membeli peralatan, bekalan perubatan, barang pakai habis (consumable item), peralatan perlindungan diri (PPE), reagen dan kit ujian serta perkhidmatan lain.

“Peruntukan digunakan di semua kemudahan KKM termasuk hospital, klinik kesihatan dan klinik pergigian,” kata ahli Parlimen Tenggara itu dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Dr Adham menjawab pertanyaan Tengku Zulpuri Raja Puji (Raub-PH) berkenaan jumlah yang dibelanjakan KKM dalam usaha menangani pandemik Covid-19.

Beliau berkata sehingga 22 November lalu seramai 2,528,158 telah menjalani ujian saringan Covid-19, dan 2.17% atau 54,775 daripadanya didapati positif.

Ujian calitan (swab test) hanya dilakukan apabila perlu, tambah Dr Adham.

“Kadar jangkitan yang dikesan dalam kluster adalah 2.47% berbanding 0.23% (kes bukan kluster). – 1 Disember, 2020. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen