KEMENTERIAN Kesihatan mengesan tiga kluster baharu Covid-19, selepas mengumumkan lima kluster tamat.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah kluster aktif kini 181.
Daripada kluster baharu itu, 25 kes dikesan dalam kluster Jalan Lapan yang melaporkan kes positif di Hulu Langat, Selangor dan Cheras, Kepong, Titiwangsa, serta Lembah Pantai di Kuala Lumpur.
Sementara kluster Batu Sembilan di Kuala Langat, Klang, Petaling dan Kuala Selangor di Selangor melaporkan 19 kes.
Kluster ketiga yang melaporkan 10 kes dikenali kluster Nibong dikesan di Johor Bahru.
Pesakit indeks ketiga-tiga kluster terbabit dikesan positif Covid-19 selepas mengalami gejala.
Dr Noor Hisham turut mengumumkan kluster Sofi, penjara Tapah, Kapor, Jambu dan Meldrum kini tidak aktif selepas tamat tempoh pemantauan selama 28 hari. – 30 November, 2020.
Komen