KEMENTERIAN Kesihatan mengesan empat lagi kluster baharu Covid-19 menjadikan jumlah kluster di negara ini sebanyak 183.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata empat kluster terbabit merupakan Kluster Tapak Bina Sungai Mulia di Kuala Lumpur, Kluster Batu Lima di Sabah, Kluster Yayasan di Selangor dan Kluster Hilir di Kelantan.
Kluster Tapak Bina Sungai Mulia dikesan di Titingwangsa selepas ujian saringan dijalankan di tapak binaan terbabit.
Kluster itu setakat ini merekodkan 23 kes positif.
Kluster Batu Lima dikesan di Kota Kinabalu dengan melibatkan 49 kes positif.
Sementara itu, Kluster Yayasan di Klang merekodkan 21 kes manakala Kluster Hilir yang merebak di Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan juga mencatatkan jumlah yang sama.
Pesakit indeks bagi kluster Batu Lima, Yayasan dan Hilir diuji positif selepas mengalami simptom Covid-19.
Dr Noor Hisham turut mengumumkan penamatan Kluster Megah di Sandakan. – 29 November, 2020.
Komen