PUTRAJAYA hari ini melanjutkan lagi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Numbak dan Penempatan Telipok di Kota Kinabalu, Sabah sehingga 13 Disember ini.
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD yang dijadual tamat hari ini akan dilanjutkan lagi dua minggu.
“Sehingga 27 November, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan masih ada k109 kes aktif di Kg Numbak dan 136 kes di Penempatan Telipok.
“Kerana jumlah kes yang tinggi, masih ada penduduk di kedua lokaliti itu yang perlu mendapatkan ujian saringan Covid-19.
“Oleh itu, berdasarkan cadangan dan kajian KKM, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di kedua buat kawasan itu sehngga 14 hari lagi bermula 30 November sampai 13 Disember,” kata Ismail Sabri dalam satu kenyataan hari ini.
Kedua lokaliti itu diletakkan dibawah PKPD pada 16 November. – 29 November, 2020.
Komen