Mike Tyson kembali bertinju, seri lawan Roy Jones


Lima belas tahun setelah mengundurkan diri selepas kalah kepada Kevin McBride, Tyson kembali ke Staples Center di Los Angeles dalam pertarungan bayar pra tonton yang mencampuradukkan rasa ingin tahu dan nostalgia kepada para peminat tinju. – Gambar EPA, 29 November, 2020.

PERTARUNGAN antara peninju terkenal dunia Mike Tyson, 54, dengan Roy Jones, 51, berakhir dengan keputusan seri dalam pertarungan lapan opusingan bekas juara dunia kelas berat.

Lima belas tahun setelah mengundurkan diri selepas kalah kepada Kevin McBride, Tyson kembali ke Staples Center di Los Angeles dalam pertarungan bayar pra tonton yang mencampuradukkan rasa ingin tahu dan nostalgia kepada para peminat tinju.

Pegawai Suruhanjaya Atletik California menggunakan format dua minit satu pusingan berbanding format biasa iaitu tiga minit.

Pegawai itu berkata, kedua-dua peninju itu tidak dapat mencari sistem kalah mati dan akhirnya memutuskan tamat perlawanan dengan keputusan seri.

“Kadang-kadang dua minit itu terasa seperti tiga minit,” kata Tyson. “Saya gembira saya mendapat ini dan saya tidak sabar untuk melakukannya lagi.”

Panel “tidak rasmi” bekas juara Majlis Tinju Dunia mencatat keputusan seri, hasil yang dipuji Tyson walaupun beliau kelihatan mendominasi perlawanan.

“Saya okay dengan itu,” kata Tyson, mengakui beliau menyangka telah menang pertarungan itu. 

“Ya, tapi saya okay dengan keputusan seri. Orang ramai gembira dengan itu.”

Jones, yang kelihatan letih dan menarik perhatian Tyson, tidak senang dengan keputusan seri.

“Saya tidak pernah gembira dengan keputusan seri. Saya tak suka seri,” kata Jones, mengakui bahawa Tyson masih kuat dan mampu memukulnya dengan berat. – AFP, 29 November, 2020.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen