KIRA-KIRA 9.000 pelari dengan ada antaranya memakai pelitup muka, mengambil bahagian dalam acara Maraton Antarabangsa Shanghai hari ini walaupun dunia masih dibelenggu kebimbangan wabak Covid-19.
Bagi penganjur, acara itu amat penting untuk menunjukkan China sudah bergerak ke hadapan walaupun krisis kesihatan itu masih belum reda.
Acara berprestij itu yang kebiasaannya berlangsung di New Yokr, Berlin, Boston dan Chicago terpaksa dihentikan di kebanyakan negara ekoran wabak Covid-19.
London dan Tokyo tetap meneruskan program itu tetapi hanya dibuka kepada pelari elit.
Setiap pelari yang menyertai acara di Shanghai perlu menjalani ujian saringan Covid-19 dan diarahkan memakai pelitup muka sebelum dan selepas larian.
Namun ada antara mereka yang tetap memakai alat perlindungan itu sepanjang larian.
Tahun sebelum ini menyaksikan seramai 38,000 pelari menyertai acara itu. – AFP, 29 November, 2020.
Komen