Malaysia catat 1,315 kes Covid-19 baharu


Menyembunyikan maklumat berkaitan Covid-19 adalah kesalahan jenayah di bawah Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 November, 2020.

MALAYSIA mencatat 1,315 kes Covid-19 baharu dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 63,176, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam pada itu, terdapat 1,110 kes pulih, selain empat kematian baharu.

Jumlah kes pulih di seluruh negara ketika mencatat angka 51,314, di samping 11,508 kes aktif.

Dari jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini, lima daripadanya adalah kes import.

Kematian yang dicatatkan hari ini melibatkan seorang warga Malaysia dan tiga warga asing. Jumlah kematian setakat ini adalah 350 orang.

Terdapat 118 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 43 orang memerlukan bantuan pernafasan. – 28 November, 2020.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen