MALAYSIA menyaksikan lebih banyak kes Covid-19 pulih berbanding kes baharu hari ini, dengan 1,148 orang pulih dan dibenar keluar hospital.
Dengan data terbaru ini, jumlah keseluruhan kes pulih Covid-19 negara adalah 50,204.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 1,109 kes baharu pula dilaporkan dengan 10 daripada adalah kes import.
Kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 negara kini sebanyak 61,861.
Sebanyak 11,307 adalah kes aktif.
Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian terbanyak dengan 496 kes, diikuti Sabah dengan 441 kes.
Kluster penjara dan pusat tahanan pula menyumbang 25 kes.
KKM juga melaporkan empat lagi kluser baharu.
Dua lagi mangsa dilaporkan terbunuh kerana wabak- seorang di Sabah dan seorang di Labuan.
Jumlah korban wabak negara kini adalah 350 orang.
Sementara itu, 113 lagi sedang dirawat dalam ICU dengan 41 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. – 27 November, 2020.
Komen