3 lagi maut, 2,555 pulih


Ravin Palanisamy

KES pulih Covid-19 hampir tiga kali lebih banyak berbanding kes baharu harin dengan 2,555 kes pulih dan 935 kes baharu dilaporkan.

Kebanyakan kes pulih direkodkan di Sabah dengan 2,126 atau 83.2% daripada jumlah kes pulih hari ini.

Data terbaru kes harian menjadikan jumlah kes keseluruhan Covid-19 negara kini sebanyak 60,752.

Daripada jumlah kes baharu hari ini, 326 dilaporkan di Sabah, 161 (Selangor) dan 158 kes di Negeri Sembilan.

Selepas lima hari, Sabah kini kembali menjadi negeri paling banyak kes harian baharu.

Malaysia juga melaporkan tiga lagi kematian, kesemuanya di Sabah.

Mangsa adalah dua wanita dan seorang lelaki, kesemuanya berumur atas 55 tahun.

Dua daripada mereka mempunyai sejarah perubatan penyakit darah tinggi.

Jumlah kes aktif negara kini adalah sebanyak 11,348.

Daripada jumlan itu, 110 dirawat dalam ICU dengan 45 orang memerlukan bantuan alat pernafasan. – 26 November, 2020.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen