JUMLAH kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 60 juta, menurut data yang dikumpulkan AFP.
Sehingga kini, 60,014,291 kes dilaporkan dengan 1,415,258 kematian direkodkan sejak virus Covid-19 mula dikesan di China pada Disember tahun lalu.
Eropah termasuk Rusia mengesahkan 17.1 juta kes dengan hampir 388,000 kematian, menjadikannya benua paling banyak kes Covid-19.
Amerika Syarikat (AS) kini bergelut dengan gelombang ketiga pandemik Covid-19. Jumlah kes positif di negara itu kini mencecah hampir 13 juta dengan lebih 260,000 kematian.
Di belakang Eropah, AS dan Kanada merekod 13 juta kes dengan 272,183 kematian; Amerika Latin dan Caribbean (12.6 juta kes, 438,098 kematian); Asia (12,1 juta kes, 190.108 kematian); Timur Tengah (3.2 juta kes, 75,700 kematian) dan Oceania (lebih 30,000 kes, 941 kematian). – AFP, 26 November, 2020.
Komen