TIGA ratus enam puluh orang pekerja Malaysia Airlines Kargo (Maskargo akan diasingkan susulan peningkatan kes Covid-19 dalam Kluster Kaya, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.
Katanya, semua pekerja itu disahkan negatif tetapi perlu diasingkan sebagai langkah pencegahan.
“Ini dibuat disebabkan lonjakan kes melibatkan pekerja Maskargo,” katanya.
Proses pengasingan itu akan bermula esok hingga 9 Disember.
Mereka yang diasingkan akan ditempatkan di Tune Hotel KLIA Aeropolis untuk pemantauan rapi oleh KKM, Majliis Keselamatan Negara dan polis.
Kluster Kaya pertama sekali di kesan di Negeri Sembilan dan Putrajaya melibatkan pekerja Maskargo.
Semalam, Malaysia melaporkan 2,188 kes harian, jumlah tertinggi pernah direkodkan sejak wabak mula meledak di negara ini dengan kebanyakan kes berasal daripada kluster tempat kerja.
Hari ini pula, Malaysia melaporkan 970 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 59,817 dengan 12,971 kes aktif. – 25 November, 2020.
Komen