Hampir 45,000 kematian, Iran kuat kuasa sekatan pergerakan


Lebih 100 bandar di Iran, termasuk Tehran diisytihar sebagai zon merah dengan risiko tinggi jangkitan Covid-19. – Gambar EPA, 23 November, 2020.

IRAN pada Sabtu memulakan langkah sekatan pergerakan selama dua minggu di seluruh negara bagi mengekang kebangkitan semula kes Covid-19, lapor agensi berita Anadolu.

Lebih 100 bandar termasuk Tehran diisytihar sebagai zon merah dengan risiko tinggi jangkitan.

Sebahagian kawasan merah dikenakan sekatan pergerakan separa selama dua minggu dari 21 Nov.

Hanya pasar raya, kedai roti, kedai makanan, farmasi dan hospital dibuka manakala satu per tiga tenaga kerja sahaja dibenarkan keluar bekerja.

Sementara itu, pusat kebudayaan dan rumah ibadat juga tertakluk di bawah larangan itu, manakala kemudahan hiburan dan rekreasi ditutup.

Pemakaian pelitup muka diwajibkan di seluruh negara.

Iran mengesahkan 475 lagi kematian akibat Covid-19 pada Ahad, meningkatka jumlah korban kepada 44,802 orang.

Dalam tempoh 24 jam lalu, seramai 13,053 penduduk disahkan positif virus berkenaan, menjadikan jumlah terkini mencecah 854,361, kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Sima Sadat Lari.

Setakat ini, 603,445 pesakit telah pulih, katanya. – Bernama, 23 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen