Aktiviti perniagaan di kawasan PKPB boleh beroperasi hingga tengah malam, kata menteri


Alfian Z.M. Tahir

MKN membenarkan aktiviti perniagaan beroperasi sehingga tengah malam bermula esok. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 November, 2020.

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan perniagaan di negeri di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) beroperasi sehingga tengah malam mulai esok.

“Semua perniagaan, bukan hanya restoran. Ia termasuk peniaga dan gerai tepi jalan,” kata Ismail Sabri semasa taklimat harian mengenai larangan pergerakan Covid-19 hari ini.

Perniagaan di Selangor, Pulau Pinang, Sabah, Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Labuan, yang kini berada di bawah PKPB, hanya dibenarkan beroperasi sehingga 10 malam.

PKPB di Kedah, Melaka, Terengganu dan Johor kecuali beberapa kawasan, ditamatkan baru-baru ini.

Pengumuman yang sama dibuat di laman Facebook dan saluran Telegram MKN hari ini.

Dalam infografik, ia meminta orang ramai mematuhi prosedur operasi standard untuk mengekang penyebaran Covid-19. – 23 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen