PENJARA Seremban dan Kuarters Penjara Seremban menjadi kawasan terbaharu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari mulai esok (24 November) hingga 7 Disember ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD itu akan meliputi keseluruhan kawasan Penjara Seremban termasuk blok penjara, bangunan pentadbiran serta kuarters pegawai dan kakitangan yang melibatkan 2,080 penghuni.
“Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 246 ujian saringan bersasar dan sebanyak 25 kes positif Covid-19 direkodkan di penjara ini
“Justeru, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko dan atas nasihat KKM,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) di Kuala Lumpur, hari ini. – Bernama, 23 November, 2020.
MENYUSUL
Komen