Tiga kluster baharu Covid-19 dikesan


Ragananthini Vethasalam

Menyembunyikan maklumat berkaitan Covid-19 adalah kesalahan jenayah di bawah Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 November, 2020.

KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan penemuan tiga kluster Covid-19 baharu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, susulan penemuan kluster baharu tersebut, jumlah keseluruhan kluster aktif di negara kini berjumlah 167 kluster.

Kluster pertama dikenali sebagai Pengkalan Barat dikesan di Pulau Pinang dan sekitar Kerian, Kuala Kangsar dan Kinta di Perak.

Kes indeks untuk kluster ini diuji positif pada 10 November lalu berikutan saringan di tempat kerja.

Setakat tengah hari tadi, 251 individu telah disaring dan 19 daripada mereka diuji positif.

Kementerian Kesihatan juga mengesan satu lagi kluster penjara di Seremban, Negeri Sembilan

Kluster Bakti itu menjangkiti 16 orang dan dikesan daripada seorang tahanan yang positif pada 22 November lalu.

Kluster ketiga, yang dikenali sebagai Bayam Indah, ditemui di Kulim dan Kuala Muda, Kedah selepas kes indeks yang diuji selepas mengalami gejala dan didapati positif Covid-19 pada 21 November.

Sebanyak 70 orang disaring, dan 10 daripada mereka positif. – 22 November, 2020.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen