SPR dengar bantahan persempadanan semula minggu depan


Amin Iskandar Gan Pei Ling

SPR menjalankan siasatan awam yang pertama untuk mendengar bantahan terhadap persempadanan semula pilihan raya yang dicadangkan untuk Selangor minggu depan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Disember, 2017.

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menjalankan siasatan awam yang pertama untuk mendengar bantahan terhadap persempadanan semula pilihan raya yang dicadangkan untuk Selangor minggu depan, selepas keputusan mahkamah pada hari Isnin menolak permohonan kerajaan Selangor untuk menghentikan proses itu.

Dalam surat kepada Speaker Hannah Yeoh yang dilihat The Malaysian Insight, pejabat SPR negeri itu berkata siasatan untuk kerusi Parlimen Kelana Jaya akan diadakan Rabu depan dari jam 3.30 petang hingga 4 petang di Hotel grand Bluewave, Shah Alam.

Menurut surat itu hanya 20 orang pembantah yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih seperti mana yang disenaraikan dalam borang bantahan bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang disahkan SPR dibenarkan hadir pada siasatan itu.

“Jurucakap perlu dilantik dalam kalangan 20 pembantah yang hadir,” menurut arahan surat bertarikh 19 Disember itu. 

Ia menambah, prosiding itu tetap akan dijalankan walaupun tanpa kehadiran Yeoh minggu hadapan, dan beliau perlu menghantar surat penjelasan bantahannya berhubung persempadanan semula sebelum Rabu depan sekiranya beliau tidak dapat hadir. 

Dalam reaksi segera, pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah mengkritik suruhanjaya berkenaan kerana masa yang singkat siasatan itu. 

“Kerana siasatan itu diadakan di Selangor minggu hadapan ketika cuti panjang Krismas dan taun baru, ia jelas bahawa SPR sengaja menyusahkan pengundi kerana kepentingan agenda politik,” kata Maria. 

Pakatan Harapan percaya bahawa sebaik sahaja suruhanjaya membentangkan siasatan awam, BN akan mengadakan satu sidang parlimen khas tahun depan untuk melancarkan cadangan penyusunan semula melalui Parlimen sebelum pilihan raya umum ke-14.

“Untuk tergesa-tergesa mengadakan pilihan raya adalah tindakan yang tidak bokeh diterima kerana SPR masih ada sehingga September 2018 untuk menyelesaikan perkara itu,” tambah Maria.

Katanya, ia menunjukkan suruhanjaya berkenaan kurang kebebasan dan tidak menghormati proses persempadanan semula yang adil kerana suruhanjaya itu tidak menyatakan bantahan Bersih terhadap persempadanan semula baharu yang dibuat. 

Exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong berkata, tindakan terburu-buru iu menunjukkan suruhanjaya berkenaan berhasrat untuk menggagalkan proses rayuan kerajaan Selangor dan membuat apa-apa keputusan mahkamah kemudian. 

“Langkah terdesak ini menunjukkan Umno cuba memanipulasi dan menyekat sempadan pilihan raya di Selangor mengikut kehendak mereka. Ia melanggar keadilan,” kata Wong yang juga Adun Bukit Lanjan. 

Adun Selangor sebelum ini mempertikaikan persempadanan semula pilihan raya dibuat secara tidak adil yang memihak kepada pakatan pemerintah Barisan Nasional,  perselisihan bahawa SPR dan BN tidak dibincangkan dengan secukupnya. – 20 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen