Matta ragu-ragu terhadap gelembung perjalanan hijau


Keputusan kerajaan membenarkan perjalanan antara zon hijau diharapkan mampu membantu industri pelancongan tempatan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 November, 2020.

PERSATUAN Ejen-ejen pelancongan dan Pengembaraan Malaysia(Matta) ragu-ragu mengenai gelembung perjalanan hijau untuk menghidupkan semula industri pelancongan dengan beberapa negeri masih dalam perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), lapor New Sunday Times.

ini kerana kebanyakan pelancong dari Kuala Lumpur dan Selangor.

“Sumber pasaran pelancongan domestik dari Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan kedua-duanya di bawah perintah kawalan pergerakan, tidak banyak boleh dibuat untuk memulihkan sektor ini,” kata Presiden Matta, Tan Kok Liang.

“Perjalanan rentas negeri tidak akan banyak meningkatkan pelancongan kerana penduduk tempatan sudah biasa dengan produk mereka sendiri,” katanya kepada akhbar itu.
Pada Jumaat, Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata untuk menghidupkan kembali pelancongan domestik, Putrajaya meluluskan program gelembung perjalanan hijau, yang membenarkan pergerakan di antara zon hijau.

Menteri itu mengatakan keputusan itu dibuat setelah mengkaji senario industri pelancongan semasa.

Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya masih dalam diletakkan di bawah PKPB sehingga 6 Disember.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia, Yap Lip Seng berkata mereka menyambut baik langkah itu dan gembira dapat membuka semula pelancongan domestik antara zon hijau.

Bagaimanapun, beliau berkata ada keperluan untuk penjelasan dari segi SOP untuk perjalanan tersebut.

Yap berkata industri juga ingin memberikan lebih banyak tawaran dan pakej khas kepada pelancong tempatan dalam tempoh ini.

“Walaupun tidak memadai untuk mengatasi kerugian yang ditanggung terutama pada gelombang ketiga wabak, dengan kadar penghunian rata-rata turun di bawah 20%, industri ini berharap dapat bertahan dan, paling tidak, untuk membayar gaji pekerja bagi mengelakkan kehilangan pekerjaan,” katanya.

Presiden Majlis Pelancongan Malaysia, Uzaidi Udanis berharap kerajaan dapat menyalurkan bantuan segera kepada pemain dalam industri pelancongan.

“Saya harap kerajaan juga akan menyediakan dana melalui Pelan Pemulihan Pelancongan tahun ini, sementara menunggu dana RM200 juta dilancarkan di bawah Belanjawan 2021.”

Beliau berkata sektor ini mengalami kerugian RM45 bilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini kerana pandemik Covid-19. – 22 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen