ITALI, salah satu negara paling teruk dilanda wabak koronavirus merancang untuk melancarkan kempen vaksin virus berkenaan secara besar-besaran pada Januari, kata Menteri Kesihatan Roberto Speranza semalam.
Menurutnya negara itu berharap akan menerima dos vaksin pertama menjelang akhir Januari ini.
“Kempen ini memerlukan gerakan besar-besaran dan memerlukan sumber tenaga ramai untuk menjayakannya,” katanya.
Itali yang berjuang untuk berdepan gelombang kedua wabak yang dahsyat itu sudah mencatat sekitar 1.3 juta kes dan jumlah kematian hampir 50,000 orang sejak koronavirus melanda awal tahun ini.
Terdapat usaha global untuk mencari rawatan dan vaksin.
Pada awal bulan ini syarikat gergasi farmasi AS Pfizer dan rakannya dari Jerman BioNTech melaporkan vaksin keluarannya sudah dibuktikan lebih 90 peratus berkesan.
“Vaksin adalah kemajuan besar dalam sejarah kemanusiaan,” katanya mempertahankan penggunaan vaksin walaupun ada pihak di negara itu menentang kempen vaksin sebelum ini.
Walaupun virus it uterus menghancurkan ekonomi dunia dan membuat sistem kesihatan berada di bawah tekanan yang kuat, sentiment anti-vaksin yang kuat tetap ada di banyak negara walaupun ada usaha oleh pihak berkuasa untuk menyakinnkan mereka tentang keselamatan dan keselamatannya.
Pada Jumaat kumpulan pakar yang ditubuhkan untuk menasihati pentadbiran Itali berkata pengawasan nasional dan antarabangsa mengenai pengembangan vaksin memberi jaminan mengenai keselamatan jika digunakan bagi merawat pesakit Covid-19.
Namun tinjauan yang dibuat untuk rangkaian televisyen La7 menunjukkan awal minggu ini bahawa 16 peratus rakyat Itali akan menolak vaksin yang tersedia tahun depan dan 42 peratus akan menunggu untuk mengetahui sama ada adakah vaksin berkenaan akan berkesan. – AFP, 22 November, 2020.
Komen