KIT ujian Covid-19 buatan Korea Selatan yang diimport oleh gabenor Maryland di Amerika Syarikat (AS) ‘cacat’ dan tidak dapat digunakan, lapor The Washington Post semalam.
Gabenor Maryland Larry Hogan dilaporkan membelanjakan AS$9.46 juta untuk mengimport 500,000 kit ujian tersebut pada April.
Kit ujian buatan syarikat Korea Selatan itu bagaimanapun tidak boleh digunakan, dan kerajaan negeri secara diam-diam membeli lagi 500,000 kit gantian dengan kos tambahan AS$2.5 juta.
The Washington Post berkata makmal University of Maryland tidak menggunakannya selepas mengesyaki kit ujian gantian itu palsu. Namun makmal swasta tetap menggunakan kit ujian berkenaan.
Kira-kira 370,000 kit ujian gantian digunakan oleh makmal swasta, lapor akhbar itu.
The Washington Post berkata Hogan enggan mengulas laporan tersebut. – AFP, 21 November, 2020.
Komen